PELAKON Russell Brand sanggup bekerja sebagai tukang cuci di penjara bagi memperoleh wang tambahan sepanjang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun enam bulan.Menurut laporan Mirror, Russell, 51, dilaporkan memohon pekerjaan tersebut yang menawarkan bayaran sebanyak £20 (kira-kira RM108) seminggu. Wang tersebut boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan peribadi termasuk kos menghubungi isteri dan anak-anaknya.Russel dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.Malah, Russell sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk bekerja sepanjang berada di penjara bagi membolehkannya terus berhubung dengan keluarga.Bagaimanapun, penggunaan kemudahan telefon penjara oleh pelakon itu sebelum ini mencetuskan kontroversi.Beberapa hari selepas menjalani hukuman, dia dilaporkan menghantar mesej kepada isterinya, Laura, yang kemudian berkongsi kandungan mesej berkenaan menerusi sebuah video di YouTube.ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu, Russell Brand mengaku ‘tidur’ dengan remaja… Berdepan pertuduhan seksuaARTIKEL BERKAITAN: Terpalit tuduhan jenayah seksual, YouTube gantung saluran Russell Brand... Hilang pendapatan sehingga RM23,000 untuk satu videoPada 9 November lalu, Russel dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun enam bulan selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan rogol dan tiga pertuduhan serangan seksual terhadap empat wanita bagi kesalahan yang berlaku antara 2004 hingga 2009.Hakim Joel Bennathan ketika menjatuhkan hukuman menyifatkan Russell sebagai seorang 'pemangsa seksual' yang menggunakan kemasyhuran, pengaruh dan status selebriti untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perbuatannya selama bertahun-tahun.TONTON VIDEO PILIHAN!