Keterujaan seorang pelajar untuk menerima hadiah berakhir apabila namanya tidak dipanggil. -Gambar hiasan AI
IBU bapa mana yang tidak berasa bangga apabila menerima jemputan menghadiri majlis penyampaian anugerah di sekolah dan menyaksikan anak menaiki pentas.Bukan sahaja ibu bapa, malah murid juga pastinya teruja membayangkan detik melangkah ke pentas untuk menerima penghargaan di hadapan guru serta rakan-rakan. Namun, kegembiraan bertukar kekecewaan buat wanita ini apabila anaknya tidak dipanggil naik ke pentas meskipun sudah diberikan surat jemputan oleh pihak sekolah."Surat dah bagi kepada anak untuk hadir terima anugerah naik pentas. Datanglah saya untuk tengok anak terima hadiah.Setiap sekolah akan menganjurkan hari anugerah kecemerlangan setiap tahun sebagai penghargaan kepada pelajar. -Gambar hiasan AI"Sampailah habis majlis, nama anak tak dipanggil... tapi dapat surat? Saya penat tunggu dari pagi, anak pula duduk tempat orang terima hadiah. Agak-agak apa perasaan korang?" luahnya dalam hantaran di Threads.Wanita berkenaan mendakwa, anaknya disenaraikan sebagai salah seorang yang menerima anugerah program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Mengakui terkilan dengan apa yang berlaku, dia kemudian mengambil inisiatif menghubungi guru bagi mendapatkan kepastian.Namun menurutnya, jawapan yang diterima benar-benar mengecewakan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak naik pentas, anugerah pun tak dapat... Ibu perjelas kenapa rasa ‘menyemak’ jika hadir majlis apresiasi sekolahARTIKEL BERKAITAN: Ibu panas hati anak balik mengadu, waktu perhimpunan meleret gara-gara raikan atlet sekolah - “Buang masa, baik belajar!”"Saya dah periksa dekat senarai Nilam, memang tiada nama ***** (anak). Saya tak pasti surat itu untuk anugerah apa. Maaf atas segala kesulitan. Kesian pula puan tunggu dari pagi. Maaf sangat-sangat dari pihak sekolah," demikian jawapan guru sebagaimana yang turut dikongsikan dalam hantaran tersebut.Tambah wanita itu, sesi raptai untuk anugerah tersebut tidak diadakan memandangkan ia bukan anugerah utama, selain mempunyai penerima yang agak ramai.Ujarnya lagi, dia bukan terkilan kerana anaknya tidak menerima sebarang penghargaan, sebaliknya kecewa apabila masa dan harapan yang diletakkan berakhir dengan sia-sia."Tapi effort masa, hati anak yang orang cakap dapat hadiah... akhirnya tak dapat," luahnya lagi.Seorang wanita kecewa apabila anaknya tidak dipanggil naik pentas meskipun menerima surat jemputan anugerah daripada pihak sekolah.Dia mendakwa anaknya disenaraikan sebagai penerima Anugerah Nilam.Selepas majlis tamat, dia menghubungi guru untuk mendapatkan penjelasan.Guru memaklumkan nama anaknya tiada dalam senarai dan memohon maaf atas kesulitan berlaku.Wanita itu tidak terkilan anak tidak menerima hadiah, sebaliknya kecewa kerana usaha dan masanya sia-sia.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya meluahkan simpati kerana memahami kekecewaan yang dirasai wanita berkenaan.Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat pihak sekolah sepatutnya lebih teliti bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang. "Buang masa mak ayah, kesan emosi juga pada anak. Majlis besar macam ni bukan benda kecil."Sumpah sedih. Bukan apa, sedih sebab anak mesti happy nak dapat anugerah tapi tak dapat," demikian antara komen netizen.